Tuesday, 15 January 2013

wanita kekasih Allah.


PUISI BUAT WANITA SOLEHAH

Wanita solehah itu aurat dijaga, 
Pergaulan dipagari, 
Sifat malu pengikat diri, 
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, 
tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
Kemanisan wanita solehah, 
tidak terletak pada kemanjaannya, 

Daya penarik wanita solehah itu, 
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin, 
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu, 

Bukan dan tidak sama sekali, 
Kepetahan wanita solehah, 
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, 
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. 

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam, 
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, 
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, 
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. 

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, 
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, 
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi, 

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu, 
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, 

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, 
Bersyukurlah diatas apa yang ada, 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.






 mampukah aq menjadi wanita yang lmbg wanita solehah,
mampukah aq mendpt segala kebahagiaan dunia dan akhirat?
mampukah aq memiliki lelaki yang solehah di sisi?
mampukah aq memiliki lelaki yang sejujur,setia dan ikhlas buat diri ku?
mampukah aq mendidik anak-anak suatu ary dgn baik?
mampukah aq mendapat kelebihan ilmu agama?
mampukah aq bertahan kesabaran dan kuat berdepan setiap masalah?
mampukah aq memiliki lelaki yg baik di atas dunia ini?
mampukah aq memiliki hati sesuci yg bersih pada diri?
mampukah aq memiliki  keluarga yang dibena dgn bahagia?
mampukah aq menjadi sorg wanita yg berkejaya?
mampukah aq mempertahankan agama?

yaallah!!!dgr la setiap luahanku..aq tdk memilih dari segi rupa paras ssorg lelaki malah memiliki kekayaan yang ada pada dirinya,cuma aq ingin dye seorg yang baik,menyayangiku,menjagaku,memimpinku,memberikan kekuatan,memberi ilmu pengetahuan agama. yaallah aq mahu melihat sgt stp dlm mimpi istiqarah ku siapakah lelaki yang telah engkau catatkan utk diriku. yaallah aq sangat lemah dan sgt takut berhadapan setiap ujian darimu ini. yaallah ketemukan lah jodohku seorg yg sgt terbaik buatku, yaallah masih banyak kekurangan yang ada pada diriku, aq cuma mahukan ssorg yg dapat menerimaku seadanya kerana niat allah taala yaallah. aq tahu aq bnyk lg utk mempelajari setiap yang lemah ini malah kekurungan ini. agar dapat di permudahkan. yaallah ya tuhanku pada mu saja ku bersujud meminta jalan kebenaran,pada mu saja ku bersujud meminta jalan keredhaan..yaallah bertapa sakitnya dugaan yg engkau ujikan padaku sebelum ini. dan aq sangat menyukainya setiap dugaan itu supaya aq lebih dekat padamu,aq amat menyukainya kerana engkau ingin jauhkan aq dari keburukan sesuatu yang akn berlaku. dan aq tahu engkau sgt menyayangiku dan mencintaiku sgt agar aq tdk leka akan cinta pada manusia.kerana ia tdk akn kekal yang kekal cintamu pada ku.yaallah bimbingi diriku dan jauhi atau lindungi diriku dari penentuan jodoh yang salah. amin yarobbal alaminnn...

apabila mengenali dan mendekatkan diri dgn ssorg membuatkan aq bertambah merasa kekurangan diri.ibarat aq mcm tdk layak utk dirinya.aq mula ingin berubah setiap yg diteguri olehnya, dan aq sangat menyukai setiap tegurannya itu. dan ia sgt berharga buat diri ku dan sangat di hargai oleh diriku.niat kerana allah taala.

No comments:

Post a Comment