Friday, 26 July 2013

TODAY BBQ RAMADHAN!!

ARY NI, bbq akan di buat dekat rumah aq dan ramai saudara mara,jiran or kazen aq balik berkumpul dekat rumah, MERIAHNYAAAA rasa sbb dpt berkmpul ramai2..aq cte ni cm bdq zaman sekolah plk hehe!! well aq ni bkn pndai sgt nk story2 dlm ni an. menu BBQ mlm ada danging lembu, danging kambing, longkang, kerang, ayam n hotdog winkkkkkk!! sedap2...nnt nak uplod pict bnyk2...time skrg 6.46 pm so slmt berbuka puasa semua.... (ALLAHUAKHBAR)

Saturday, 13 July 2013

TODAY NAK SAY SOMETHING!





semperna di bulan ramadhan yang penuh suci dan penuh keberkatan ini. Alhamdulillah aq dapat meluangkan masa dgn forum,hijjrah, dan youtube mengenai islamic. walaupun sebelum ini aq tgk tetapi kurang meluangkan masa sgt tetapi sekarang alhamdulillah. aq jgk kerap kali melihat rancangan artis di mana ramai artis yg telah berubah mengikut syariat allah dan mengubah kejalan yg lbh suci dan mendekatkan diri dgn tuhan. aq tahu aq xmampu nak jadi diri sepenuhnya seperti khadijah,aisyah, fatimah dan rabiatul adawiyah.. ttp niat yg suci  tu penting. nak berubah!!.. ia mngkn sebelom ini perangai aq agak la bnyk ketawa, nakal, pandai bt lawak depan kwn2. shgga satu tahap kwn2 hairan dgn aq. klu tgk bju aq pakai pun dyeorg terkejut dan kenapa perngai aq tbe2 berubah jd baik..terpulang pada anda ape yg ingin anda katakan. satu lg isu yg xpatut anda katakan. mngkn kwn2 aq fikir aq berubah di sebabkan someone. ok la di dlm blog ary ini menjadi saksi dan akn ku luahkan segalanya. aq berubah kerana Allah taala. dan yg kedua iyea ada jga di sbbkan teguran darinya. jika tanpanya aq xde semangat dan mngkn xthu nak belajar melalui cara mcm mne. mngkn kawan2 aq rindukan cara ketawa aq yg dlu dan sbgnyakn.. biarla smua itu tersimpan didalam memori ingatan korg smua. jika aq masih tdk meninggalkan perangai buruk dgn bersikap sedemikian itu sudah pasti akn di padang oleh masyarakat berpakaian tutup tetapi adap tdk di jaga. iyea alhamdulillah sekarang aq dpt kawal segala gelagat dan kelakuan aq yg dulu. jika di izinkan aq ingin mnjaga segala adap tertip sikap dan sebagainya.. supaya penghormatan ku sentiasa terjaga. kdg2 agak aq terasa kwn aq bernama bermula huruf "M" ckp "besar mana nak pakai bajunya". iyela nama pun jubah xde yg kecik smua besar2.. klu buat bju besar jd kecik itu bknnya nama jubah an..tp agak la malu mula2 bila dye ckp cm tu.. aq mengucap seketika bila aq sedar aq patut malu ape yg aq pakai dlu berbanding aq pakai sekarang. ALhamdulillah kerana allah telah ketemukan aq insan yg sudi memandang indah dan tenangnya aq ketika memakai baju jubah. dan bila ssorg yg tdk suka aq memakai sedemikian. Di situ aq dpt tahu dye bukan lelaki yang seelok2nya. dye seharusnya mengakat tangan mengatakan syukur ALHAMDULILLAH keatas diriku tetapi bukan utk menjatuhkan ku.. ok aq xnk ambk hati sgt kadg2 perangai manusia ni ada yg pelik dan ada yang x pelik an. kdg2 pun org akn sedar tgk kita pelik walaupun kita xrasa sedemikian tu..kira normal la tu hehe...sejak aq pakai pakaian yg sopan bertapa ramai yg tegur dan katakan cantiknya dye pkai hari ni. ayunya dye ary ni. aq pun hairan sdgkn bg aq simple tetapi mata dyeorg cantik. ALHAMDULILLAH di atas segalanya. semoga gaya ku ini sentiasa di kekalkan selama2nya..

Kisah Rabiatul Adawiyah .. ( Wanita Sufi Kekasih Allah ) ::

AQ SANGAT MENYUKAI MENDENGARI KISAH KEKASIH ALLAH IAITU RABIAH AL ADAWIYAH INI. SMGA IA AKAN MENJADI SATU IKTIBAR BUAT KU. SMOGA ANAK AKN KU LAHIRKAN SUATU HARI NANTI DGN NAMA PUTERI RABIATUL ADAWIYAH :) (KEKASIH ALLAH)



:: Kisah Rabiatul Adawiyah .. ( Wanita Sufi Kekasih Allah ) ::

Rabiah ialah anak keempat dalam satu keluarga miskin dilahirkan pada kurun pertama Hijrah di kota Basrah, tebing Sungai Dajlah, Iraq. Bapanya bernama Ismail bin Muhammad Dawi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sangat patuh dan taat pada agama, sukakan kebaikan dan sentiasa berdamping diri dengan Al Quran. Ayahnya seorang yang wara
k, sentiasa memenuhi masa dengan membaca Al Quran, memperbanyakkan sembahyang sunat, dan berpuasa serta hati tak lekang dari berzikir mengingati Allah.


Oleh kerana Rabiah anak yang bongsu, dia selalu mengikuti bapanya dan berdamping dengan segala program ayahnya. Sejak kecil lagi beliau telah dapat menghafaz Al Quran. Selain itu Al Quran juga menjadi penawar hatinya dan ubat bagi mengubati segala penyakitnya. Perangai Rabiah sangat berbeza dari adik beradiknya yang lain. Beliau sentiasa tenang dan tidak gopoh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Bila waktu makan, beliau makan sedikit dan berhenti sebelum kenyang.

Rabiah selalu mengingatkan ayahnya supaya mengawasi dari memberi makanan yang syubhat lebih-lebih lagi yang haram kepadanya.

“Wahai ayah, lebih baik bersabar kerana lapar di dunia daripada bersabar terhadap azab Allah di akhirat.”

Dari keistimewaan yang terdapat padanya serta tingkah lakunya yang luar biasa sejak dari kecil itu, ternyata bahawa suatu hari nanti Rabiah Al Adawiyah akan menjadi salah seorang di antara kekasih-kekasih Allah. Bagaimanapun untuk mencapai darjat yang tinggi itu beliau terpaksa menghadapi berbagai ujian dan penderitaan hidup. Allah SWT tidak akan mengangkat darjat seseorang dengan semudah atau tanpa diuji terlebih dahulu.

Ujian pertama yang terpaksa ditempuhi ialah ayahnya meninggal dunia dalam usianya yang masih muda, ibunya pula menyusul tidak lama selepas itu. Ini membuatkan beliau terpaksa berpisah dengan adik beradiknya yang lain. Tinggallah Rabiah yatim piatu dan sebatang-kara tanpa saudara mara tempat mengadu dan bergantung hidup. Ketika itu ia hidup penuh dengan linangan air mata dan kesedihan memanjang. Ini membuatkan dia sedar dan insaf bahawa ujian yang Allah timpakan itu adalah untuk mengajarnya agar jangan bergantung dengan makhluk yang lain kecuali Allah. Allahlah tempat mengadu dan Allah jugalah yang menjadi hiburan dan tempat mengharap kasih sayang. Kini beliau menyerahkan dirinya bulat-bulat pada Allah.

Dalam keadaan demikian Rabiah telah bersua dengan seorang lelaki tua yang sedang bertasbih dan memuji Allah. Beliau menasihatkan Rabiah supaya bersabar kerana itu merupakan ujian Allah. Rabiah sentiasa diperlihatkan dengan mimpi-mimpi yang baik dalam tidurnya serta membuatkan beliau tenang dan sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran hidup.

Tidak berapa lama kemudian, bandar Basrah tempat tinggalnya telah dilanda musim kemarau yang sangat teruk dan berakhir dengan kebuluran dan kemusnahan. Ini membuatkan Rabiah terpaksa berhijrah ke tempat lain yang lebih selamat. Sewaktu menumpang dalam satu kafilah, tanpa disangka-sangka kafilah mereka telah diserang oleh perompak. Ketua perompak itu telah menangkap Rabiah untuk dijadikan barang rampasan dan beliau telah dijual di pasar sebagai hamba abdi.

Kini ia terikat dan berkhidmat pula dengan seorang tuan yang baru. Siang hari terpaksa bekerja kuat, membanting tulang empat keratnya mengangkat air, mengemas serta mengurus rumah. Namun begitu, walaupun keletihan, di malam hari, tetap digunakan untuk bermunajat dan beribadah kepada Allah. Dia sedar masa yang Allah kurniakan sangat berharga kepada hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir.

Suatu hari, ketika beliau ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah dikejar oleh orang jahat. Rabiah terpaksa lari menyelamatkan diri tetapi malang, kakinya telah tergelincir lalu jatuh. Tangannya patah lantas beliau berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku ini anak yatim lagi abdi. Sekarang tanganku pula patah. Sungguh aku tidak peduli itu semua asalkan Engkau redha padaku, dan tunjukkanlah akan keredhaanMu itu.”

Tiba-tiba dia terdengar satu bisikan menyuruh ia bersabar dan mengingatkan ia akan janji-janji Allah di akhirat kelak. Selepas peristiwa itu pergantungan hatinya dengan Allah semakin teguh. Segala pengalaman yang dilalui dalam menempuh hi¬dup ini yang penuh onak dan duri serta malapetaka dan bahaya menjadikan beliau seorang yang tahan diuji. Segala ujian yang ditimpakan itu semakin meneguh dan menguatkan keyakinannya terhadap Allah.

Pada suatu malam secara tidak sengaja tuannya telah terdengar suara rayuan dan munajat Rabiah kepada Allah. Ia bangun bertahajud di kala orang lain sedang enak tidur dibuai oleh mimpi-mimpi indah. Dengan penuh linangan air mata, Rabiah bercakap-cakap dengan Alllah, katanya: “Tuhanku, Engkau lebih mengetahui bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku akan habiskan seluruh masa malamku dan siangku dengan melakukan ibadat padaMu. Tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia.”

Tiba-tiba bilik Rabiah diterangi eahaya yang terang-benderang sedangkan dalam bilik itu tidak ada pelita atau lampu. Ini membuatkan tuannya sedar dan insaf akan kesalahannya kerana tidak membebaskan orang yang begitu hampir dan cinta kepada Allah.

Keesokan harinya, pergilah tuannya berjumpa dengan Rabiah dan memberitahu bahawa ia menyesal kerana memperhambakan Rabiah selama ini bahkan dia pula bersedia untuk menjadi hamba kepada Rabiah. Mendengar itu Rabiah merasa terharu. Dia lebih rela meninggalkan rumah itu dan mengasingkan diri dengan beruzlah serta bertaqarub kepada Allah.

Akhirnya, Rabiah Al Adawiyah kembali menumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah dan memuji-muji Allah, mencurahkan harapan dan isi hatinya kepada Allah. Dia cintakan Allah sepenuh jiwa dan perasaan kerana dia dapat melihat Allah dengan ‘ainul basyirah’. Dia sedar hanya Allah sahaja yang layak dicintai dan dirindui serta dipuja dan hanya Allah yang mempunvai sifat-sifat yang lengkap untuk dipuji.

Berbagai karamah yang Allah kurniakan padanya dalam pengalaman kerohanian yang dilaluinya. Di antaranya, pada suatu ketika Hassan Al Basri mengajak Rabiah berbincang mengenai hal-hal kerohanian yang dilaluinya di atas air tasik. Beliau berkata begitu dengan niat hendak menunjukkan kelebihannya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa boleh berjaian di atas air). Rabiah Al Adawiyah berkata, “Hassan, buanglah perkara yang sia-sia itu jika kamu benar-benar hendak memisahkan diri dari perhimpunan aulia’ Allah. Kenapa kita tidak terbang saja di udara?” Rabiah Al Adawiyah berkata sedemikian kerana dia boleh berbuat demikian dan itulah salah satu karamah yang Allah kurniakan kepada beliau tetapi Hassan tidak boleh berbuat seperti itu.

Rabiah berkata lagi, “Ketahuilah bahawa apa sahaja yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan inikan aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara luar biasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan santun terhadap Allah.”


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan - Rabiatul Adawiyah
Cintakan makhluk pada pendapat Rabiah Al Adawiyah tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal. Cintakan makhluk seringkali membuatkan seseorang itu kecewa, merana, menderita dan terseksa. Oleh itu, tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta makhluk itu sendiri. Bahkan Rabiah Al Adawiyah sentiasa menangis. Air matanya terlalu mudah tumpah walaupun kesalahan yang dilakukan tidaklah seberat mana, cuma lalai atau lupa pada Allah sedetik sahaja tetapi dirasakan terlalu besar dosanya. Ada orang bertanya kenapa Rabiah Al Adawiyah mudah menangis? Rabiah menjawab, “Aku takut berpisah dengan Allah walau sedetik pun dan aku tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafasku yang terakhir, jauhkan dia dari-Ku kerana dia tidak layak berada di majlis-Ku.”

Kehidupan Rabiah Al Adawiyah terlalu miskin dan zuhud. Di dalam rumah beli¬au hanya terdapat sebuah balang yang mengandungi air minum dan wuduk, sebiji bata sebagai bantal dan sehelai tikar buruk sebagai alas tempat tidur. Melihatkan keadaan beliau yang terlalu dhaif, orang pun bertanya kepadanya, “Kenapa kamu hidup begini, sedangkan kamu mempunyai ramai teman yang hidup kaya raya dan mereka tentu boleh membantumu?”

Rabiah Al Adawiyah berkata, “Aku malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua memiliki segala-galanya. Bahkan aku lebih senang hidup dalam keadaan begini tanpa sibuk memikirkan soal-soal dunia yang bersifat sementara.”

Sungguhpun keadaan rumahnya begitu, ia tetap menjadi kunjungan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat dan secara tidak langsung merupakan sebuah sekolah untuk mempelajari “Al Hikmah” kerana orang ramai dapat menilai diri sendiri dari nasihat-nasihat beliau. Mereka juga datang untuk mempelajari ilmu-ilmu yang lain seperti feqah, tasawuf, ilmu jiwa dan lain-lain.

Antara doa Rabiah Al Adawiyah yang termasyhur ketika beliau bercakap-cakap dengan Tuhan dan tatkala merintih di waktu sunyi berbunyi: “Tuhanku, apa saja yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa saja kebaikan yang Engkau hendak kurniakan kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang beriman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat syurga atau neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja. Doaku pada-Mu ialah sepanjang hayatku, berilah aku dapat mengingati-Mu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandang-Mu.”
 

Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina

Gambar hiasan

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” 
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: 

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”

Sujudlah kepadaNya tanpa alasan

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: 
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: 
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya


Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.


Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu

Monday, 8 July 2013

10 Ciri Calon Suami Yang Baik



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut :

   <3 Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

   <3 Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

   


  
  <3 Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

   <3 Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

   <3 Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

   <3 Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

    <3Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

   <3 Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

   <3 Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

    <3Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa

"andai diri serba kekurangan tdk ape kerana dye la petunjuk jalan.membimbing dan 
memimpin ketika susah dan dye la segalanya mengubahkan segalanya.
kehadiran lelaki adalah bertujuan melindungi wanita dan menjaga wanita sebaik2nya "

berdoa utk dpt disatukan jodoh org2 yg beriman dan dicintai allah. xdpt ustaz x ape asalkan 
beriman mempunyai ciri2 ustz pun da cukup :)


law oh law..ngantokkkk!!

hikhikhik salam ukhwah sekalian huehuehue...(bobok sikit male ni)
bila sakit law da dtg gini ler jd kite. bukan main pening dan pusing2
kepala ni bukak la si youtube. alangkah membosankan tnpa layan ape2..
so kita enjoyyy!! bila bukak punya bukak kuar la cite ni haaaa
http://www.youtube.com/watch?v=g2jSbWJbcWs
(Oh Mak Kau Full Movie 2013)
kelakar la sgt2 haha...mana2 ase
bosan haaa boleh la tgk2 
sigah cini hee!!
 

Friday, 5 July 2013

me n gyo

aq dan gyo rancang nak p solat subuh skli dgn dye punya brother hehe..
n then p time solat maghrib n  insyak skli dkt masjid telipot. 
semoga puasa yg tdk lama akn dtg ni.. aq dpt p smyg terawah dgn cukupnya.
aq mahu sgt jd sorg yg sentiase dktkn diri dgn tuhan.
semoga dosa dan kesalahan org dpt ku maafkan. 
aq memohon ampun dan maaf andai aq ada lukai sape2..
hidup cuma berperluang hnya skli shj.
dan kita tdk mungkn akn berjumpa lgi, 
masing2 akan membawa hala tuju masing2..
dgn membawa bekal amal2 yg tlh 
di catat oleh para malaikat.

ANDAI ITU TAKDIRNYA.

KEDINGINAN MALAM  YANG HENING INI, KUCORETKAN LUAHAN  RASA HATI BUAT INSAN TERSAYANG YANG PERNAH BERTAKHTA  DI HATI. SEMOGA DENGAN CORETAN INI AKAN MEMBUATKAN DIRIMU LEBIH MENGERTI BERTAPA SAYANGNYA AKU PADAMU HINGGA SAAT INI. BUKAN NIATKU UTK  MERAIH SIMPATI TETAPI SEKADAR MELEPASKAN RASA DI HATI INI. !!


Andai kita tiada jodoh aq pasrah kerana aq sedar aq tdk setanding dgn dirimu..
jika kita tiada jodoh aq sedar kita tdk sehaluan..
jika kita tiada jodoh aq sedar aq bkn la seorg yg dpt memahami dirimu..
jika kita tiada jodoh aq sdr bahawa aq bukan utkmu.

tetapi sebelum ia akn meninggalkan ku aq ingin dirinya mengetahui bahawa  aq
ikhls berubah kearah kebaikan. aq berubah bukan la dr tgurannya
tetap hidayah sendiri yg ku terima.

aq bhgia shgga ke hari ini kerana aq sedar bertapa indahnya cinta allah berikan padaku.
sejak aq melangkah kaki di masjid bt pertama kali merasa solat magrib dan insyak bersama
maksaudara dan yg lain2 bertaba tenang dan bhgianya aq berada di rumah Allah.

tetapi aq bersyukur dr kesedaran aq dpt dr someone la memberikan bertapa aq
sedar.sedar atas ape stp gaya hidup aq slama ini. iyea aq thu smua org yg berada di kolej
hairan kenapa dgn aq?stp hari baju kurung saja aq pakaikan. iyea itu la menujukkan 
xputus2 aq memakai pakaian kurung tandanya aq benar2 ingin berubah.
aq teringin sgt nak memakai jubah kerap kali, memakai seluar dan baju setiap kali..
tetapi jubah hnya aq ada sehelai 2 shja manakala seluar pula hnya ada skini jeans shj dan 
bju hnya lps sdkt pras punggungku. dan di sbbkan itu aq kerap bju kurung..

aq ingt bila aq memakai baju kurung aq akn dpt pujian dr ssorg mengatakan cantik bila aq memakai 
pakaian bju kurung ttp aq hnya dpt pujian stp hari dr org lain dan hanya adq akim shj. aq sgt terharu 
seketika kerana adq stp ary nmpk aq akn tegur dr mcj dan mengatakan akak nmpk cantik 
la ary ni. bukan hnya skli tp tiap2 ary.. smbil2 aq mengatakan alhamdulillah. bila masa time
hari memakai jubah adq kelihatan memukau kerana dye ckp dye ska tgk aq memakai jubh sama
juga dgn rakan2 ku.

sambil2 itu aq hnya senyum dan mengatakan terima kasih. kwn2 aq agak terkejut akn keterampilanku. 
dan dye mengatakan ku supaya selalu memaki sebegini. aq mengatakan alhamdulillah dan 
insyaallah. lelaki yang selalu rapat dgn aq time kelas english yg bernma matwe terkejut
 melihat aq dgn mulut ternganga yg tdk menutup rapat mengatakan aq nmpk sgt berseri sbb 
aq memakai pakaian sopan.tdk pernah lagi aq melihat dye padang aq sedemikian itu. agak malu
 aq ketika itu kerana dye begitu. 

tetapi aq agak kecewa beli aq mula ingin berubah sesuatu membuatkan aq mula patah semangt 
dgn kata2 someone. aq xsngka dye boleh fkr benda negatif. aq ingt bila dye 
melihat dgn caraku sebegini dye akn mengatakan alhamdulillah. tp aq redha dan terima dgn 
ikhls ape yg dikatakan. kdg2 aq selalu berfikir dan merasa. adakah smua yg aq lakukan tdk
 mempunyai perfahaman dgnnya dan mempunyai cita rasa yg sama. aq selalu merasa cinta aq dgn 
dye selalu mencabarkan diriku. walaupun aq kuat cemburu dan rasa marah aq xpernah tunjuk
padanya. aq rasa dye xpernah fhm perasaan aq mcm mne bila dye menceritakan ttg dirinya 
dgn seorg gadis. yea aq mengaku aq cemburu tmbah sakit hati sgt bila dye sebut nama
org dye syg "f". kadang2 aq terfikir aq seorg yg jahat sebab ada perasaan pd org yg da ada 
ssorg dlm hidupnya. tp itu smua satu kebetulan. aq dpt tahu bila aq mula nk rapat dgn dye dlm 2 mggu
 dan semua tu aq thu dlm blognya. yg dye mention yg ssorg ini akn jd isterinya suatu ary.

hari2 aq teringat dan berfikir akn blog tu. dan selalu tertanya2 pd diri ape yg aq da buat.
adakah patut aq teruskan hbngn ini. aq thu dye xska spe2 thu ttg hbngn aq dgn dye. klu org yg
thu ttg hbngn aq dgn dye ni bkn aq yg jaja ceritakn ttg hbngn ni.mngkn mereka perasan dgn stp situasi 
dan keadaan aq dgnnya. yaallah aq sgt sakit hati bila teruskan perasaan aq ni. smkn aq
nak jauh semkn syg yg dtg menghampiriku. mngkn bila dye da xde nnt mungkn smua tu akn terjwb 
antara kami mcm mne? aq berserah dgn penuh keikhlas dan aq pasrah. aq tahu cinta pada
manusia tdk akn kekal ttp yg kekal hnya allah. jadi hati aq selalu kuat dktkn diri dgn tuhan.
dan aq mula tenang setelah ape yg aq ubahkan diri aq ni.

sepupu aq pernah ckp" bila kita berpakaian sopan org selalu menghormati kita dan bila 
 kita memakai sopan dan melambangkan wanita solehah para lelaki soleh yg dtg 
menghmpiri kita dan inginkn kita menjd ikatan yg sah. dan bila kita memakai sedemikian tu jgk 
jodoh pun cepat dtg. insyaallah..amin aq harapkan ape yg dikatakn spupu
dapat membuat yg terbaik pda ku.

Aq da cbe yg terbaik utk diri  aq..aq da ubah cra pakaian,tutup fb stp laman sosial aq.
aq da xnk da post status mcm2..iyea aq thu aq bnyk serba kekurungan..xthu buat ini xthu buat itu ini. 
ttp aq nak bljr sgt smua tu suatu ary..berubah bukan dgn segera ttp memakankn mase yg lama. 
biar hati btl2 ikhls.tp skrg aq bnr2 ikhls. aq berdoa sgt agr smua ini akn berkekalan cara
aq ni. aq thu jodoh akn dtg tdk lma je lg.

andai kata aq tiada jodoh dgnnya aq akn tetap berubah dan xakn pernah putus
asa kerana allah da tmptkan aq dgn ssorg yg akn dpt membimbingku,
menyayangiku, dan mencintaiku. aq bersyukur keatas ape yg aq lakukan skrg.
aq syg dye sgt2 ttpi andai kata dye bukan milikku aq rela melepaskannya.
aq harap setiap detik aq lakukan dye dpt merasa dpt mengingatiku dlm satu ingatan memori
yg indah.

aq nak dye thu aq bukan ra yg dlu malah aq da dpt bersabar andai dugaan yg akn dtg.
andai jodoh ini berakhir satu perpisahan...


TERIMA KASIH RINDU atas segalanyaaa..!!

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih



Tuesday, 2 July 2013

tomorrow otw p lawatan di kastam.

tomorrow aq otw p lawatan di kastam dgn drive sorg2.. sedih sub sub sub!! sebb aq xde geng nak p skli. kdg2 hidup terasa menyesal pun ada sbb x ambk sbjk ni time my twin ada.. tp apakan daya smua tu sudah allah tentukan perjalanan hidupku sehari2an. btw aq boleh lakukan atau tempuhi dengan baik nnt.semakin hari semakin terasa akn berpisah dgn seseorg. kdg2 aq menangis sorg2 sbb aq akn fkrkn yg twin n member2 yg lain n then ssorg yg spcl akn tamat belajr n tgglkn aq nnt. ttpi hati aq da bkk luas2 akn terima dgn penuh keredhaan. aq selalu berdoa jika suatu ary kitaorg sma2 da tmat belajar yg kiteorg tetap akn berhbng. cuma 1 saja yg sllu aq fkr. adakah aq dgn someone akn berakhir di sini saja =( . Allah selalu menemaniku walau ape skli pun aq akn terima sgala takdir yg telah di tentukan.

Monday, 1 July 2013


Dalam kes: Tweddle v Atkinson [1861] EWHC QB J57, plantiff telah berkahwin dengan anak perempuan Mr Guy.  Bapa plantiff dan Mr Guy telah bersetuju untuk membayar wang kepada plantiff untuk perkahwinan itu. Mr Guy mati sebelum bayaran dibuat dan plantiff pun membuat tuntutan terhadap waris Mr Guy. Mahkamah menolak tuntutan itu kerana kontrak dimasuki oleh bapa plantiff dan Mr Guy. Plantiff bukanlah pihak kepada kontrak itu dan tidak boleh membuat tuntutan.